Salam.

Kepercayaan itu umpama tisu, sekali ia koyak maka rabaklah ia.

Harga kepercayaan tidak murah malah sangat mahal.

:: Kehidupan ini mudah dari apa yang kita fikirkan, kerana hidup tak perlu terlalu susah.
Salam.

Beberapa hari di Malaysia, terasa sesuatu yang kurang dalam diri. Terasa seperti terbang di langit, orang tarik dari bawah dengan tali layang-layang yang dia sendiri pun tahu akan putus tali itu jika seinci lagi diusahakan menarikku kebawah.

Terasa di langit bukan kerana merasa megah diri, kembang dibawa angin kerana pujian mahupun ditiup syahdu udara riak.. Jauh sekali.. Cuma, keterawang-awangan itu kerana hilang. Hilang dengan kehendak diri. Fikiran melayang. Jauh. Jauh sekali.

:: Set your expectation to zero.

Kuala Lumpur.

Less stuff
Salam,

Dulu masa sekolah, masa muda-muda, impian banyak, angan-angan pun tinggi. Teringat satu impian ini, sampai sekarang masih belum tercapai lagi, mungkin dalam masa terdekat ni? uhuhu, siapa tahu? Tapi sentiasa dalam minda..

Impiannya tu ialah, ada satu rumah yang luas ruangnya walaupun sebenarnya kecil sahaja saiznya. Ruang dan sudut pandang yang luas. Kalau boleh silingnya tinggi, perasaannya macam kita berada di dalam masjid. Baring dan menghadap ke kubah masjid, yup, setinggi itu. Kalau boleh, warnanya pun minimum. Ada putih, kelabu dan sedikit merah. Well, itulah warna kegemaran..Tak boleh nak mengelak..

Yang menariknya, semua peralatan dan pekakas dalam rumah tu tersembunyi, ataupun lebih tepat lagi, berada disebalik rak-rak ataupun pintu-pintu yang menghalangnya. Wah, ayat, tak tahan.. Lebih kurang macam dalam almari, bila buka pintu, baru lah nampak rak bukunya, nampak barang-barangnya. Barang-barang pun minimum..Hanya yang diperlukan sahaja yang ada...Pendek kata, less stuff lead to happiness..

Jadinya, hari ini cuma nak berkongsi dengan TED video ni.. Less stuff, more happiness... Sebab tu agak gembira juga sebab ada juga yang sama fikiran dengan kita.. Apatah lagi, idea tu, kurang benda yang kita ada, kurang membeli, kurang lah juga carbon footprint yang kita hasilkan.. So, lebih hijau lah hidup kita..save the environment..

Adikku pernah tanya, "Jadi katilnya macammana? Takkan semua dalam dinding..?" selepas ku tunjuk lakaran rumah idaman tu..Hmm, video ni, menerangkan lebih kurang lah ideaku tu macammana...Walaupun masa tu, tak belajar lagipun pasal alam sekitar..

Enjoy the vedeeoh..


tiga kali seminggu
Salam,

[menyelongkar peti draf, oh, rupanya masih bersisa penulisan yang tidak dihabiskan, saja post..mungkin berguna]

Setelah hampir tiga bulan saya kira tidak menghabiskan pembacaan buku Tiga Kali Seminggu karya Dr. Faisal Tehrani, baru sekejap tadi ku membukanya. (feb- mac)

Menghabiskan sisa pembacaan yang tertinggal. Ehe, iya, mungkin kerna itu jua bahasa ku bermadah. Ngeh, saja. Biar diasah sedikit perbendaharaan kataku ini, yang ku kira sudah tumpul lagi mandul, hilang bisa terendap sudah.


Sungguh, himpunan cerpen Faisal Tehrani sama seperti apa yang dikata. Ianya mengundang rasa syahdu, lucu, pilu – membawa sindiran, peringatan, kekuatan semangat dan tanda tanya. Itu apa yang dicita.


Jika ditanya saya, iya, sememangnya ianya benar. Teringat bagaimana pada satu hari, kala malam menyelimuti kota, seorang sahabat mesej;


“................Menarik. Ku cuba habiskan malam ni, tapi sedikit tidak berpuas hati dengan bab yang kedua. Kisah Abuya dongeng Tokoh yang memakan babi.”


Siapa lagi tokoh ulama yang terlibat dalam politik? Memang kita punya pandangan berbeza tapi tak perlu disindir sedemikian rupa.”


Lebih kurang begitulah rangkuman mesejnya. Cuma satu pandangan saya, kenapa kita perlu terasa jika ianya bukan kita? Kadang-kadang ada masa kita boleh buat endah-tak-endah.. Tapi dimanakah kepekaan kita terhadap satu-satu isu? Lantas, respons kita bagaimana?

Tapi kan jelas, itu cuma pandangan penulis sahaja? Disitu peri pentingnya kita untuk berbahas dan jangan terus menerima seadanya. Bagi yang sudah membacanya pasti tahu kenapa.

‘Cinta madeni’ sangat indah. Mulur bahasa terdetik di minda. ‘Rindu ini luar biasa’ bisa dijadikan hujah. Menangkis prasangka dan tohmahan menghakis keindahan bangsa.

‘Latar’, ‘Hajah abidah’ dan Muhammad Ulul Albab ada kisah dan pengajaran yang tersendiri. Membuat ku merenung dalam diri, bertanya falsafah dan nilai diri. Cuma satu, jangan ditanya tentang ‘tiga kali seminggu’……kelu…

Pendek cerita, bacalah kerna bak kata Faisal;

Semoga pembaca akan berbahagia mengulitinya kerana beberapa tahun lagi saya pasti akan berubah bentuk dan bertambah kaya pengalaman lagi. Sehingga saat itu tiba, jamahlah ‘Tiga Kali Seminggu’ sepuasnya.


[menyelongkar peti draf, oh, rupanya masih bersisa penulisan yang tidak dihabiskan, saja post..mungkin berguna]

Berada di Belum Rainforest Resort, Perak untuk kesekian kalinya tetap mengundang rasa kagum dan puas menikmati keindahan alam. Apatah lagi, kehadiran disini dengan misi yang besar, chewah..

Terdetik di hati, mungkin kalau Empangan Temenggor ini tiada, mesti tempat ni seribu kali lebih cantik dan kekayaan biodiversitinya mesti lagi tinggi. Bayangkan di atas ketinggian lebih kurang 1000 kaki dari paras laut, Belum tetap antara hutan yang mana biodiversiti sangat tinggi.

Di paras sekunder ke lapis yang teratas kanopi hutan pun masih terasa gahnya. Mungkin hidupan di paras kanopi yang lebih rendah sebelum ini lagi bermacam-macam spesis boleh jumpa.

Tapi sayang, dalam perjalanan ke Sg. Enam camp tadi, banyak juga spot-spot pembalakan dikesan. Entahlah,    halal ke haram punya pembalakan tu..

Kali ini cuma nak berkongsi satu video ini... (^___~),








Takut
Salam,

Lama tidak berbicara dalam teratak indahku ini..Aisehmen.. Ini mungkin ada kaitan dengan sikap bertangguh...Nantilah kejap, ataupun esoklah, hmm...boleh jadi, lusa lah, akhirnya sampai kesudah tidak kesampaian..

Selalu kita fikir, bertangguh tu alasan daripada kemalasan, sifat pelupa, overwork, banyak sangat kerja, indifference barangkali, tapi di belakang topeng-topeng ini semua, saya percaya, biasanya hanya disebabkan oleh satu (1) emosi : fear / takut.

Boleh jadi takut mungkin akan merasa sakit, contoh bertangguh untuk berjumpa dengan pakar gigi mengkali... Ataupun, takut rasa malu.. Kalau aku buat, nanti apa orang kata, ataupun kalau nanti dorang cakap yang tidak-tidak macammana?

Analisa ketakutan anda. Secara tepatnya, cuba fikir kita takut apa sebenarnya? kenapa kita risau sangat? Apa yang dirisaukan sangat sebenarnya? Ada tak apa-apa perkara yang bila kita buat mungkin sedikit sebanyak membantu kita jadi orang yang lebih baik? Lebih berjaya - dapatkan lebih maklumat tambahan, terus berjumpa dengan syarikat dimana kita bekerjasama untuk projek tesis kita, ataupun, dapatkan nasihat?

Kerisauan ataupun ketakutan begini jika lama bersarang dalam minda separa sedar, agaknya apalah yang jadi? Tak pun, tanya soalan ni, apa perkara paling teruk akan terjadi kalau kita laksanakan perkara tu? Kadang-kadang memang perasan itu tetap ada.

Tapi adakala best juga kalau kita gambarkan yang kita sudah buat ataupun tengah menyelesaikan perkara-perkara tu, mungkin tengah berucap dihadapan khalayak, ataupun apa-apa situasi. Sebesar mana pun kerisauan dan ketakutan kita, kita boleh rasa yang kita tidak takut pun.. Tak rasa apa-apa pun..

Mungkin ini hanya sekadar picisan tapi ianya berkesan.. Jom, siapkan kerja hari ini jugak..
Tentang Sulu

Salam.

Aku kalau diikutkan memanglah tidak banyak hal yang ku tahu tentang Sulu, MNLF, perjuangan Nur Misuari ataupun gerakan-gerakan terbaru seperti UTC di Mindanao ataupun spesifiknya di Lupah Sug (Sulu).

Ibu bapaku pun berhijrah, menetap dan mendapat kewarganegaraan Malaysia di Sabah pada awal pasca peperangan di Sulu. Namun, sedikit sebanyak kesan itu tetap ada. Impak tu tetap menebal dalam diri. Sebenarnya aku penat dengan peperangan di sana.

Walaupun tidak berada dan merasa sendiri kekalutan yang melanda, tapi aku seperti anak Tausug yang lain tetap merasa yang kami ini adalah “child of war sufferer”. Pengalaman dan keperitan mereka membuatku semangat untuk belajar sampai tahap tertinggi.

Beliauku mungkin bukanlah orang yang terpelajar, kerana faktor keselamatan dan mencari kehidupan baru, kemudahan untuk mereka bersekolah itu terbatas. Mungkin juga aku tak perlu bersusah payah semasa belajar untuk menanggung kos perbelanjaan dan sara diri. Tapi itulah nilai yang ternilai harganya.

Kadang-kadang rasa ketidakpekaanku terhadap perkembangan dan hal ehwal semasa di sana, membuatku gundah. Bila terbaca kisah perjuangan mereka yang berjuang supaya generasi seterusnya tidak merasa kepayahan seperti mereka, barulah tersedar lagi…isk…

Boleh saja lupa dan abaikan mereka-mereka disana. Tapi kenapa perlu ramai yang menderita pula? Itu baru Negara kecil yang dinafikan kedaulatannya, sedangkan isu Palestin sering menggugah ketenangan dijiwa.
Salam Ramadan

 





Salam dan Selamat Menyambut Ramadan untuk semua.
Moga Ramadan ini menyemarakkan lagi rasa bertuhan dalam diri. (^___~),
Lagi sedikit tentang flora
Salam,

Kali ini saya tambah sedikit lagi gambar-gambar beberapa flora yang saya ambil.. Enjoy










 dan labah-labah.


Beberapa gambar panorama-panorama indah saya kongsikan di sini. Photo Indaq.
Ada beza meh?
Salam,
Menyingkap sedikit dogma pemikiran Muslim. Masing-masing ada pandangan dan pemahaman tentang gaya hidup dan peraturan-peraturan dalam Islam. Saja mahu kongsi dua kisah ni. Nak kata kisah benar mungkin hanya rekaan semata-mata, apapun kita ambil intipatinya. (^ ~),
Kisah 1
Pemuda A dan B masih meneruskan kegiatan mencuri mereka. Pada suatu malam, mereka berjaya masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci dan makan apa yang ada di dapur.

Sewaktu mahu meninggalkan rumah tersebut, B ternampak sekeping nota wang 50 ringgit dalam kitab Al Quran tapi tidak mengambil nya. A bertanya, "mengapa kau tidak terus sahaja mengambil wang itu".

B menjawab "aku tidak ada air sembahyang".
Kisah 2 
Dua orang pemuda kampung telah mencuri ayam. Setelah disembelih, dicabut bulu dan siap digulaikan, A telah menyingsing lengan untuk menjamu selera dengan nasi yang baru ditanak. Tiba tiba pemuda B menepis tangan Pemuda A dan berkata "Hei A! Kita tidak boleh makan gulai ayam ini". Pemuda A bertanya "Kenapa?"

"Aku terlupa baca Bismillah masa menyembelih ayam ini tadi".
Hehehe, so, kesimpulannya;
"Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya" 
 (2:41)